Aduan

Meta hapus akaun palsu dipercayai propaganda China

Pengendali laman sosial terkemuka, Facebook sudah memadamkan akaun palsu dari China yang berpura-pura menjadi rakyat Amerika Syarikat (AS) berfikiran konservatif dan liberal serta mengkritik ahli politik AS dan memberi tumpuan kepada isu sensitif seperti kawalan senjata api dan pengguguran bayi.

  Kewujudan akaun palsu itu antara lain menjadi strategi propaganda seolah-oleh cuba untuk mengeksploitasi isu hangat dan mencari titik persefahaman untuk doktrin berkenaan masuk ke dalam sentimen negara kuasa besar berkenaan.

  Difahamkan, Meta adalah rangkaian pertama yang diganggu oleh akaun palsu China ketika pada waktu ini, tumpuan banyak terarah kepada perkembangan politik di AS menjelang pilihan raya pertengahan pada bulan November.

  Ia juga berbeza daripada operasi pengaruh China yang telah dihapuskan oleh Meta pada masa lalu. 

  Dalam kitaran pilihan raya sebelum ini, operasi pengaruh China tertumpu kepada propaganda untuk mengkritik AS kepada khalayak antarabangsa dan bukannya domestik.

  Laman sosial pada hari ini banyak memberi impak khususnya dalam pembentukan persepsi dalam pentas politik termasuk membabitkan negara-negara besar.

  Kenyataan daripada Meta berkenaan adalah bukti bahawa bagaimana propaganda yang disuntik menerusi akaun palsu itu mampu membentuk persepsi malah mengubah corak serta rona politik semasa termasuk di negara ini.