Pada 29 April 2026, Presiden Malaysia Cyber Consumer Association, Siraj Jalil telah dijemput sebagai speaker dalam program ASEAN Anti-Scams Information Sharing Dialogue yang berlangsung di Hilton Kuala Lumpur.
Program berprestij peringkat ASEAN ini dianjurkan oleh ASEAN-U.S. Partnership Program bersama ASEAN Digital Senior Officials’ Meeting Working Group on Anti-Online Scam (ADGSOM WG-AS), dengan penyertaan wakil kerajaan ASEAN, agensi perlindungan pengguna, institusi kewangan, syarikat teknologi global dan organisasi berkaitan keselamatan digital dari seluruh rantau ASEAN.

Penglibatan MCCA dalam dialog ini mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha persatuan dalam memperjuangkan perlindungan pengguna siber, literasi digital serta kesedaran berkaitan penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan di rantau ini.
Dalam sesi bertajuk “The Impact of Online Scams on Consumers – and What Effective Responses Look Like”, En. Siraj Jalil berkongsi pandangan mengenai landskap scam dalam talian yang dihadapi pengguna di Malaysia, termasuk modus operandi scam terkini, golongan pengguna yang berisiko tinggi serta kesan psikologi dan sosial yang dialami mangsa penipuan siber.
Beliau turut mengetengahkan pelbagai inisiatif dan pendekatan yang dilaksanakan oleh MCCA dalam membantu masyarakat menghadapi ancaman scam digital, termasuk program kesedaran awam, advokasi pengguna, pendidikan literasi digital serta kerjasama strategik bersama pelbagai pihak dalam memperkukuhkan keselamatan pengguna siber.

Program ini turut menghimpunkan pelbagai organisasi dan pakar antarabangsa seperti Google, Global Anti-Scam Alliance (GASA), ASEAN Bankers Association serta wakil kerajaan negara-negara ASEAN bagi membincangkan usaha memperkukuhkan kerjasama rentas sempadan dalam menangani jenayah scam digital yang semakin kompleks.
Kehadiran Presiden MCCA sebagai speaker dalam platform serantau ini membuktikan bahawa suara dan pengalaman Malaysia dalam isu perlindungan pengguna siber semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Ia juga selaras dengan komitmen MCCA untuk terus memainkan peranan aktif dalam membina ekosistem digital yang lebih selamat, dipercayai dan berdaya tahan untuk masyarakat ASEAN.
MCCA merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan peluang yang diberikan untuk berkongsi pengalaman serta pandangan dalam memperkukuhkan usaha membanteras scam dalam talian di rantau ASEAN.
“Perangi scam digital memerlukan kerjasama semua pihak — kerajaan, industri, organisasi masyarakat dan pengguna sendiri.”
#MCCA
#ASEANAntiScams
#CyberSecurity
#OnlineScamAwareness
#DigitalSafety
#ConsumerProtection
#ASEAN
#MalaysiaCyberConsumerAssociation







