Aduan

Pendahuluan

Persatuan Pengguna Siber Malaysia atau Malaysia Cyber Consumer Association (MCCA) ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang ditetapkan di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.

Ia ditubuhkan pada 8 Oktober 2018 atas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap dunia siber.

Objektif Penubuhan

Misi

Mendidik, Membela dan Advokasi

Mendidik pengguna siber mengenai hak, tanggungjawab, dan cara menggunakan teknologi secara bijak dan selamat adalah penting untuk membantu masyarakat siber memahami dan mengaplikasikan prinsip-prinsip keselamatan dalam kehidupan siber.

Membela hak dan kepentingan pengguna siber membantu memastikan bahawa hak-hak dan kepentingan pengguna siber dilindungi, terutama apabila terdapat ketidakadilan atau penyalahgunaan.

Advokasi untuk dasar, undang-undang dan peraturan yang berkesan memberi peluang kepada Persatuan Pengguna Siber Malaysia untuk menyumbang kepada pembangunan undang-undang dan peraturan yang lebih adil dan melindungi pengguna siber secara lebih berkesan.