Aduan

5G capai 33 peratus pelaksanaan

Pelaksanaan jaringan telekomunikasi termaju iaitu 5G berada pada tahap 33 peratus merangkumi lapan kawasan di seluruh negara.

  Lapan kawasan itu adalah Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Penang and Sabah.

  Difahamkan bahawa pelaksaan 5G di Sarawak masih di peringkat perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerajaan negeri Sarawak.

  Menerusi satu laporan media, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menjelaskan bahawa pelaksaan di beberapa kawasan di Lembah Klang tidak berdepan dengan banyak masalah.

  Bagaimanapun, beliau mengakui wujud masalah dalam pelaksanaan membabitkan negeri-negeri kerana ada prosedur dan peraturan yang perlu dipenuhi.

  Beliau juga menyatakan bahawa lebih daripada 2,100 kawasan dalam fasa persediaan untuk beralih kepada 5G yang menawarkan lebih ketersambungan dan kestabilan.