Aduan

TNB / Gamuda bina stesen pengecas elektrik

Sudah sampai masanya kerajaan mengambil pendekatan untuk mengumumkan atau melaksanakan inisiatif yang mesra kepada pemilik atau menggalakan pemilikan kenderaan elektrik (EV).

  Langkah tepat apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini mengumumkan kerjasama strategik bersama Gamuda, dan akan bina dua stesen pengecasan elektrik – masing-masing di Gamuda Cove yang terletak pada bahagian selatan Lembah Klang, dan juga Gamuda Gardens yang terletak pada bahagian utara Lembah Klang.

  Kedua-dua stesen ini dijangka akan beroperasi menjelang 2025 kelak, akan membolehkan para pengguna untuk mengecas kenderaan elektrik mereka dengan mudah.

  Stesen pengecasan elektrik ini juga akan dilengkapi bersama binaan panel solar pada bahagian bumbung – sekaligus membolehkan penjanaan elektrik yang lebih mesra alam. 

  Stesen pengecasan elektrik ini dijangka beroperasi seperti stesen minyak hari ini – dimana turut menyediakan khidmat runcit dan juga makanan, sekaligus membolehkan pengguna singgah ke sana sementara menantikan kenderaan dicas penuh.