Rangkaian 5G sudahpun tersedia di beberapa kawasan terpilih di seluruh negara hasil pembangunan infra berterusan daripada pihak kerajaan dan pemain industri utama negara.
Bagaimanapun, wujud persoalan berhubung pakej penawaran perkhidmatan 5G yang disifatkan sebagai menekan pengguna.
Contohnya mudah, pengguna A melanggan perkhidmatan syarikat telco A pada kadar sekitar RM100 sebulan, jika pengguna A mahu menikmati perkhidmatan jaringan 5G untuk Telco berkenaan, dia perlu menaiktaraf pakej kepada kadar tertentu.
Bukankah seharusnya, perkhidmatan 5G itu dinikmati oleh setiap pelanggan telco tanpa perlu menaiktaraf pakej langganan mereka, adakah ini suatu bentuk menekan pengguna.
Kerajaan wajar memberi perhatian kepada isu ini dan tidak hanya membiarkan penyedia perkhidmatan menjual pakej mereka sekali gus mengaut keuntungan yang tinggi.
Kita sendiri memahami jika asas kepada penyediaan pakej khusus itu untuk pelaburan infra yang sudah dilaksanakan, namun janganlah menekan pengguna.
Seharusnya setiap pengguna tidak mengira langganan bulanan mereka, wajar menerima jaringan perkhidmatan 5G itu tanpa perlu menambah pembayaran bulanan tambahan pula, keadaan ekonomi yang semakin menekan pengguna pada hari ini.
AZF melihat kebanyakan penyedia rangkaian telekomunikasi melakukan tawaran pakej seumpama itu dan jika pengguna mahu merasai jaringan 5G, mereka perlu menaiktaraf pakej sedia ada.