Aduan

Masa depan ChatGPT

Apa itu ChatGPT

ChatGPT atau nama panjangnya adalah ‘Chat – Generative Pre-Training Transformer (Pengubah Generatif Pra-Latihan)’ sekali gus nama ringkasnya adalah ChatGPT.

  Nama ChatGPT itu adalah daripada   Dibangunkan oleh OpenAI pada Disember tahun lalu, ia adalah perkakas Internet yang paling menjadi tumpuan pada masa kini dan akan menjadi ‘tools’ penting pada masa depan untuk pengguna Internet.

  Platform ChatGPT ini mengubah landskap kepenggunaan Internet dan pengguna tidak lagi perlu berserabut dengan jutaan atau bilion maklumat yang mahu dicari sebaliknya hanya menggunakan ChatGPT, setiap persoalan itu akan dijawab berdasarkan soalan dan tidak lagi menggunakan ‘relatable keyword’.

Perbezaan dengan ‘search engine’

Enjin carian konvensional menggunakan kata kunci yang berkaitan untuk memaparkan carian dan keadaan itu agak ‘berserabut’ bagi pengguna kerana perlu menekan setiap satu pautan yang dipaparkan.

  Bagaimanapun, ketika penulis menguji ChatGPT dengan maklumat berasaskan statistik, terdapat kelemahan yang agak ketara memandangkan kebanyakannya adalah data lama.

  Bagaimanapun, platform ini berasaskan kepada AI dan setiap input yang diberikan oleh pengguna akan ditambah baik oleh sistem AI itu sendiri pada masa depan.

Masa depan ChatGPT

Automasi keupayaan ChatGPT ini bakal merubah landskap dunia teknologi bukan saja untuk platform enjin carian malah ia akan membabitkan skop yang lebih meluas.

  Mungkin juga ia akan membabitkan automasi untuk pemuka peranti pintar memandangkan keupayaan perkakas ini apabila mencapai tempoh matang kelak.