Aduan

Langkah kurang risiko digodam

Akaun media sosial seringkali menjadi sasaran mudah untuk penggodam berikutan kelekaan pengguna khususnya gemar menekan pautan meragukan.

  Ramai juga dalam kalangan pengguna platform media sosial terjebak ‘pancingan’ atau phishing sekali gus meletakkan akaun media sosial mereka dalam ancaman untuk digodam.

  Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko digodam

Cipta kata laluan akaun yang kukuh

Melindungi akses kepada akaun Twitter adalah penting. Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan memilih kata laluan yang kukuh dan unik untuk akaun media sosial anda (sekurang-kurangnya 10 aksara, sebaiknya dijana secara rawak dan disimpan dalam pengurus kata laluan)

Simpan dan jaga butiran akses peribadi sebaik mungkin

Jangan sesekali berkongsi nombor telefon, emel, kata laluan atau kod laluan-sekali (OTP) anda dengan sesiapa sahaja. 

  Tetapi, jika ada sebab untuk mempercayai akaun mungkin terjejas, tukar kata laluan anda dengan segera.

Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)

Pengesahan dua faktor adalah lapisan keselamatan tambahan. Proses ini memerlukan orang ramai menggunakan kod atau kunci keselamatan dengan kata laluan untuk log masuk dan

membantu memastikan hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mengakses akaun.

  Menggunakan kunci keselamatan ialah cara paling teguh untuk melindungi akaun daripada penipu dan serangan pancingan data.

Kawal selia DM anda dengan teliti

Jika anda menerima DM yang mencurigakan, jangan muat turun sebarang lampiran atau klik pada mana-mana pautan dan jangan kongsi sebarang maklumat log masuk, buang DM berkenaan dengan segera. 

  Kemudian, semak tetapan DM akaun anda, kemaskini butiran untuk menentukan siapa yang boleh DM anda. 

Laporkan ke pemilik laman sosial (FB, TikTok, Instagram dan sebagainya)