Aduan

Komunikasi digital dan strategik serangan

Alpha Zulu Foxtrot

Komunikasi adalah sebahagian daripada ‘senjata’ secara strategik dan kebergantungan pengguna pada hari ini kepada medium komunikasi digital banyak mencorak kehidupan.

  Itu satu ‘opener’ untuk tajuk yang akan dibincangkan di bawah ini berhubung bagaimana komunikasi digital begitu berpengaruh dan ia mampu ‘memporakperandakan’ dalam skala yang lebih besar

  Riuh satu dunia semalam apabila rangkaian platform mesej paling popular iaitu WhatsApp mengalami gangguan dan besar kemungkinan ia berkait rapat dengan pelayan.

  Artikel ini bukanlah tentang peperangan, namun hanya satu perspektif baharu baharu bahawa kebergantungan terhadap sesuatu platform itu adalah perkara yang kurang sihat.

  Pengguna di selurun dunia tidak boleh menghantar, menerima dan membuat sebarang perkhidmatan menerusi platform berkenaan untuk kira-kira dua jam.

  Berdasarkan laporan beberapa laman web menyatakan bahawa masalah gangguan itu mula disedari sekitar 3.45 petang waktu Malaysia dan laman web DownDetector iaitu laman web pengesan sebarang masalah gangguan mula menerima aduan tentang masalah WhatsApp.

  Ia bukan kali pertama platform berkenaan menghadapi masalah, malah pada tahun lalu juga masalah sama turut berlaku, sama juga dengan platform lain seperti Telegram, Facebook, Instagram dan sebagainya.

  Perihal ini membuktikan bahawa dalam dunia siber hari ini tiada ‘bulletproof’, tiada ‘kevlar jacket’ untuk menampan ‘peluru’, malah etika dan keselamatan ‘Firewall’ juga boleh ‘outdated’ jika tiada inisiatif serta proaktif.

  Melihat kepada keadaan itu, maka boleh dikatakan lebih daripada 75 peratus rakyat Malaysia sangat bergantung kepada WhatsApp dan tiada lain medium komunikasi digital lain.

  Untuk rekod, apabila berlakunya ‘outage’ dalam sistem WhatsApp semalam, Telegram dilaporkan menerima jumlah muat turun yang meningkat, namun WhatsApp, Telegram, Signal dan sebagainya masih berada dalam peringkat ‘komunikasi digital’.

  Jika kita telusuri kembali, platform berkenaan boleh dijadikan sumber serangan strategik pihak tidak bertanggungjawab untuk pelbagai tujuan.

  Berita hari ini banyak tersebar menerusi kiriman berantai WhatsApp, jika sebuah negara A ingin menyerang sebuah negara B, mungkin kaedah paling praktikalnya adalah menyerang sistem pelayan utama platform telekomunikasi untuk menyekat maklumat baharu dihantar atau diterima.

  Dalam teori peperangan, setiap minit yang berlalu itu mempunyai harga yang tinggi, lihat saja apa yang berlaku ketika Pearl Harbor, hanya lewat beberapa minit, pangkalan tentera hancur diserang dengan kadar tindak balas yang rendah.

  

Jadi apa solusinya?

Boleh dikatakan ia hampir tiada solusi kerana kita hari ini hidup dalam zaman digital, sistem mesej konvensional tidak begitu mesra dan interaktif untuk memenuhi keperluan hari ini.

  Namun, sebagai pengguna, apa yang dirasakan relevan untuk dilaksanakan adalah jangan terlalu bergantung dengan satu bentuk platform saja.

  Memang diakui, WhatsApp menjadi dominan untuk komunikasi digital, namun pada masa sama, kita boleh menggunakan platform lain sebagai alternatif, bagi pengguna iPhone, mereka masih ada iMessage untuk penghantaran mesej keluar masuk selain daripada beberapa platform yang ada.