Aduan

6 Tips akaun Twitter yang selamat

Platform media sosial khususnya Twitter sememangnya menjadi tumpuan untuk golongan belia kerana ia berkonsepkan mudah serta ringkas. Malah, seringkali juga kita dengar bahawa akaun Twitter seseorang digodam dan melakukan ciapan yang jelik serta tidak sepatutnya.

Berikut adalah enam tips bagaimana untuk melindungi akaun Twitter anda daripada menjadi mangsa digodam pihak tidak bertanggungjawab.

  1. Cipta kata laluan akaun yang kukuh

Melindungi akses kepada akaun Twitter adalah penting. Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan memilih kata laluan yang kukuh dan unik untuk akaun Twitter anda (sekurang-kurangnya 10 aksara, sebaiknya dijana secara rawak dan disimpan dalam pengurus kata laluan)

  1. Simpan dan jaga butiran akses peribadi sebaik mungkin

Jangan sesekali berkongsi nombor telefon, emel, @namapengguna, kata laluan atau kod laluan-sekali (OTP) anda dengan sesiapa sahaja. 

  Tetapi, jika ada sebab untuk mempercayai akaun mungkin terjejas, tukar kata laluan anda dengan segera.

  1. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)

Pengesahan dua faktor adalah lapisan keselamatan tambahan. Proses ini memerlukan orang ramai menggunakan kod atau kunci keselamatan dengan kata laluan untuk log masuk dan

membantu memastikan hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mengakses akaun.

  Menggunakan kunci keselamatan ialah cara paling teguh untuk melindungi akaun daripada penipu dan serangan pancingan data.

  1. Kawal selia DM anda dengan teliti

Jika anda menerima DM yang mencurigakan, jangan muat turun sebarang lampiran atau klik pada mana-mana pautan dan jangan kongsi sebarang maklumat log masuk, buang DM berkenaan dengan segera. 

  Kemudian, semak tetapan DM akaun anda, kemaskini butiran untuk menentukan siapa yang boleh DM anda. 

  1. Laporkan ke Twitter

Sama ada anda fikir akaun anda terjejas atau anda menerima DM spam, laporkan kepada Twitter.

  1. Ikuti perkembangan terkini

Pastikan aplikasi Twitter, perisian komputer dan penyemak imbas pengguna dikemas kini dengan versi terkini.

  Kemaskini dibuat atas sebab tertentu iaitu melindungi keselamatan anda dalam talian.