Aduan

Majlis Menandatangani Perjanjian Pengkomersialan Produk antara UKM dan Move Robotics Sdn. Bhd.

Majlis Menandatangani Perjanjian Pengkomersialan Produk antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Move Robotics Sdn. Bhd. akan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM.

Program ini bermula dengan Forum bertajuk ‘Bridging the Gap between Academia and Industry‘ yang menampilkan panel-panel terkemuka seperti:

  • Panel 1: YBrs. Encik Mohd Hazeli Rasul (CEO Move Robotic Sdn. Bhd.)
  • Panel 2: YBhg. Ts. Dr. Mohd Nor Akmal Khalid (FTSM UKM)
  • Panel 3: YBrs. Encik Mohamad Sirajuddin Jalil (Presiden, Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA))
  • Moderator: Dr. Ahmad Tarmizi Abdul Ghani

Butiran Acara:

  • Tarikh: 1 Disember 2023
  • Masa: 9:00 pagi – 12:00 tgh.
  • Tempat: Anjung Digital Smart Selangor FTSM UKM
  • Platform: FB Live (Forum)
  • Atur Cara Program: Sila rujuk pada poster program.
  • Dianjurkan oleh: Unit HEJIM FTSM UKM

Dengan gabungan ilmu akademik dan kecemerlangan industri, acara ini membawa impak positif dalam memajukan kolaborasi antara dua entiti penting ini.