Dalam era digital yang semakin maju, penggunaan internet dan teknologi maklumat berkembang sangat pesat. Namun, semakin tingginya tahap capaian kepada sistem atas talian, ia juga membawa risiko berlakunya jenayah siber yang mengancam keselamatan data kita. Ancaman kecurian data melalui jenayah siber dapat menyebabkan kerugian serius, seperti kecurian identiti, kerugian kewangan dan boleh merosalkan reputasi individu atau organisasi. Oleh karena itu, penting bagi kita untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam melindungi data kita dari ancaman jenayah siber. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh dipraktikkan bagi melindungi atau mengurangkan ancaman keselamatan ke atas data kita.
1. Gunakan Kata Laluan yang Kuat
Bina kata laluan yang kuat dan unik untuk akaun-akaun atas talian anda terutamanya akaun penting seperti perbankan online. Hindari menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti tarikh lahir, nombor pendataraan kenderaan ataupun nama kekasih anda. Sebaiknya gunakan kombinasi huruf (huruf besar dan kecil), angka, dan karakter khusus seperti @,#,$ dan sebagainya. Perbaharui kata laluan secara berkala dan elakkan menggunakan beberapa kata laluan yang sama untuk beberapa akaun. Jika akaun anda berjaya digodam, ia merupakan Jackpot bagi penggodam kerana kata laluan anda digunakan berulang untuk akaun akaun yang lain.
2. Perbaharui atau kemaskini sistem perisian peranti anda
Pastikan perisian di komputer dan perangkat telefon pintar anda sentiasa diperbarui dan dikemaskini dengan versi terbaru dan terkini. Kemas kini sistem operasi, aplikasi, dan program antivirus yang anda gunakan. Kebiasaannya, pengeluar komputer dan telefon pintar akan sentiasa mengemaskini sistem operasi mereka dan dimuat turun melalui internet. Pastikan peranti anda di setting untuk mendapat kemaskini secara automatik. Peranti yang tidak dikemaskini sangat mudah atau terdedah kepada serangan malware yang boleh membawa kepada ancaman keselamatan peranti dan keselamatan siber. Mengemaskini secara berkala juga akan meningkatkan tahap kecekapan dan prestasi penggunaan komputer dan telefon pintar anda.
3. Waspada terhadap Email Phishing:
Phishing adalah metod atau cara kebiasaan yang digunakan oleh penggodam untuk mencuri data sensitif seperti nama pengguna dan kata laluan. Hindari mengklik pautan dalam email yang mencurigakan atau email yang meminta anda melengkapkan maklumat peribadi atau maklumat akaun online anda. Jika ada keraguan, terus semak maklumat sumber email melalui melayari aplikasi internet yang sah. Jangan buka pautan melalui emel. Kebiasaan nya, metod phising ini digunakan oleh penggodam untuk mendapatkan maklumat kata laluan bagi akaun perbankanakaun dan media sosial anda.
4. Gunakan Akses WiFi yang selamat:
Jika Anda menggunakan akses Wifi di tempat tempat umum seperti pusat membeli belah, lapangan terbang atau hotel, sentiasa berwaspada atau berhati hati terhadap ancaman keselamatan siber. Hindari mengakses atau menghantar data sensitif ketika menyambungkan internet melalui akses wifi yang terbuka. Gunakan pelayan VPN (Virtual Private Network) untuk melindungi data anda ketika melayari internet.
5. Aktifkan Keselamatan berganda (Two-Factor Authentication)
Aktifkan pengesahan dua faktor (keselamatan berganda) pada akaun atas talian anda. Melalui pengesahan dua faktor, setelah memasukkan kata laluan, anda akan diminta untuk memberikan pengesahan tambahan, seperti kod OTP atau TAC yang dikirim melalui SMS atau aplikasi pengesahan akaun. Ini akan menambah lapisan keselamatan tambahan dan membuatkan lebih sulit lagi bagi penggodam untuk mengakses akaun anda.
6. Data disimpan dan dienkripsi
Encrypt bermaksud sulit dan dalam bahasa komputer kita biasa mendengar encrypt data. Ia bermaksud, sesuatu fail yang telah dicipta akan dipasangkan kod kod yang unik yang anda dan penerima data sahaja yang dapat membuka fail tersebut. Jika anda menyimpan data penting di peranti atau media penyimpanan luar ( external storage) pastikan data tersebut dienkripsi. Enkripsi melindungi data dengan mengubahnya menjadi format yang hanya dapat dibaca dengan kunci dekripsi yang tepat. Ini memastikan data Anda tetap selamat bahkan jika terjadi kecurian terhadap medium penyimpanan tersebut
Kesimpulannya, kecurian data melalui jenayah siber adalah ancaman yang sentiasa berlaku dalam dunia digital ketika ini. Dalam rangka melindungi data data penting kita, adalah amat perlu kita sentiasa proaktif dan celik maklumat IT bagi memastikan kita dapat mengelak atau mengurangkan ancaman ancaman siber yang sentiasa berlaku disekeliling kita.
Artikel ditulis oleh: Mohamad Noor Hisham