Pada Rabu, 19 Februari 2025, dalam siri program NIAGA AWANI di ASTRO AWANI, Timbalan Presiden MCCA, Ts. Azrul Zafri telah dijemput sebagai panelis untuk berkongsi pandangan mengenai tajuk Industri Teknologi Malaysia: Ekosistem & Kemajuan.
Dalam sesi perbincangan ini, Ts. Azrul Zafri telah menekankan kepentingan ekosistem teknologi yang mampan serta perkembangan pesat dalam bidang inovasi digital, keselamatan siber, dan ekonomi digital negara. Beliau juga membincangkan peranan pemain industri dalam memperkukuh infrastruktur digital serta kepentingan kesedaran pengguna terhadap ancaman siber yang semakin meningkat.
Perbincangan ini turut menampilkan pelbagai perspektif daripada pakar industri mengenai cabaran serta peluang yang wujud dalam landskap teknologi Malaysia.
Untuk menonton perbincangan penuh, sila tonton video dibawah: