Pasca Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) lalu, rata-rata medium kempen dan pemilihan platform sosial sudah banyak berubah berbanding PRU14.
Jika dilihat kepada PRU14, kebanyakan kempen terarah kepada Facebook, namun kini, dilihat kebanyakan parti yang bertanding mensasarkan pemilihan platform TikTok yang lebih berkesan.
Golongan muda iaitu pengundi 18 tahun menjadi titik pemisah antara dominasi parti-parti utama dan hampir semua golongan ini sangat terkait rapat dengan platform sosial khususnya TikTok.
Kempen politik juga menggunakan platform berkenaan biarpun secara asasnya, penyedia platform itu tidak membenarkan ‘iklan politik’ sebaliknya ia masih diterima jika dibuat dalam bentuk kandungan.
Istilah ‘pengiklanan politik’ ini adalah suatu bentuk pembayaran kepada penyedia platform untuk menyampaikan mesej kepada tetapan demografi, lokasi, masa dan pengguna tertentu, kaedah berkenaan tidak dibenarkan oleh TikTok.
Halangan itu dibuat bagi menyediakan persekitaran yang lebih seimbang untuk TikTok selain menyekat sebarang bentuk provokasi politik.
Ia adalah satu langkah yang tepat sekali gus menjadikan platform berkenaan bebas daripada bentuk pengiklanan seumpama itu.
Bagaimanapula jangkaan untuk PRU16 kelak?
Penulis berpendirian bahawa untuk PRU16, ia masih berkisar kepada media sosial dan mungkin ‘Dunia Meta’ akan mengambilalih kempen rapat umum fizikal.