Aduan

Meta buang pekerja

Syarikat terkemuka dunia menerusi platform laman sosial, Meta mengesahkan akan mengurangkan jumlah tenaga kerja bermula hari ini.

  Meta akan memulakan proses berkenaan dan perkara itu sudah disahkan oleh pengasasnya iaitu Mark Zuckerberg di dalam pertemuan bersama eksekutif syarikat berkenaan.

  Berdasarkan laporan media antarabangsa menyatakan bahawa Zuckerberg mengaku melakukan kesilapan dengan mengambil terlalu ramai pekerja.

  Tindakan mengurangkan tenaga kerja dilakukan berikutan pendapatan yang terjejas, nilai saham syarikat yang menjunam dan kos operasi yang meningkat. 

  Ribuan pekerja Meta daripada 87,000 kakitangan sedia dipercayai akan dibuang kerja. 

  Mereka akan menerima pampasan empat bulan gaji dan bahagian yang terjejas ialah pengambilan tenaga kerja dan pengiklanan.

  Dengan dunia kini bersedia untuk menghadapi kemelesetan, syarikat teknologi utama telah mula membukakan pengambilan pekerja baharu. Intel dan Twitter adalah dua syarikat terkemuka yang juga sudah mengurangkan jumlah tenaga kerja setakat ini.