Aduan

Bicara Naratif: Akaun Media Sosial Bukan Untuk Kanak-Kanak Berjaya Dilaksanakan

Bicara Naratif: Akaun Media Sosial Bukan Untuk Kanak-Kanak Berjaya Dilaksanakan
Tarikh: 13 Mei 2024, Isnin
Masa: 9.00 malam
Saluran: ‘Yang sahih di Berita RTM’

Pada 13 Mei 2024 yang lalu, Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) dengan jayanya telah melaksanakan program bual bicara istimewa bertajuk “Akaun Media Sosial Bukan Untuk Kanak-Kanak”. Program ini menampilkan barisan panel yang dihormati dalam bidang masing-masing untuk membincangkan isu-isu kritikal berkaitan keselamatan siber dan penggunaan media sosial oleh kanak-kanak.

Panelis yang menyertai program ini termasuk:

Mohamad Sirajuddin Jalil
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA)

Dr. Abdul Razak Zakaria
Pengarah Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Keluarga, Universiti Malaya

Abdul Hannan Anand Abdullah
Yang Di-Pertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Seksyen 11, Kota Damansara

Program ini telah membincangkan pelbagai aspek berkaitan keselamatan kanak-kanak di alam maya, termasuk risiko dan bahaya penggunaan media sosial tanpa pengawasan yang betul, serta peranan ibu bapa dan pihak sekolah dalam mendidik anak-anak mengenai etika dan keselamatan dalam penggunaan teknologi.

Para panelis telah berjaya memberikan pandangan yang mendalam dan praktikal untuk membantu ibu bapa serta pendidik memahami dan mengatasi cabaran yang dihadapi dalam era digital ini. Perbincangan tersebut diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemantauan dan pendidikan berterusan dalam penggunaan media sosial oleh kanak-kanak.

Terima kasih kepada semua yang telah menyaksikan program ini. Untuk maklumat lanjut dan rakaman penuh program, sila layari di bawah;