Sejak kemunculan ChatGPT, sejarah dunia teknologi umpama sudah ditulis semula dan membawa dimensi baharu dalam ertikata Kecerdasan Buatan (AI) yang sebenar.
Terkini, keupayaan AI itu mampu untuk menghasilkan ritma muzik yang pelbagai, selama ini kemahiran berkenaan hanya dimiliki oleh individu bergelar DJ.
Ia dikenali dengan nama ‘Aimi’, sebuah platform AI untuk menghasilkan muzik daripada kepelbagaian ritma sekali gus menghasilkan ‘generative music’.
Aplikasi berkenaan iaitu Aimi, mengumpul semua lagu dan memasukkan efek bunyi secara masa sebenar atau ‘real time’ termasuk membuat keputusan untuk melakukan ‘loop’ serta digabungkan dengan muzik asal.
Kesemua operasi kompleks berkenaan adalah hasil daripada keupayaan platform AI dan ini juga adalah dimensi baharu AI pada ketika ini.
Maka, untuk masa depan, tidak hairanlah jika kebanyakan tugasan hanya memerlukan AI untuk melaksanakannya tanpa perlu pembabitan tenaga kerja manusia.
Ini adalah dunia baharu teknologi, sejak AI diperkenalkan, evolusi teknologi berkenaan sudah mencapai kepada satu tahap baharu dengan kefungsian yang pelbagai.
Tamat