Aduan

Ancaman Siber Makin Maju, Benteng Makin Padu? – Presiden MCCA dalam Temubual Eksklusif di Astro Awani

16 April 2025 | Kuala Lumpur – Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Encik Siraj Jalil, telah dijemput oleh Astro Awani dalam satu sesi temubual eksklusif bagi membincangkan topik bertajuk “Ancaman Siber Makin Maju, Benteng Makin Padu?”.

Dalam temubual tersebut, Encik Siraj telah mengupas isu-isu berkaitan peningkatan ancaman siber yang semakin kompleks serta kepentingan memperkukuhkan pertahanan digital negara. Beliau turut menekankan peranan pendidikan, kesedaran pengguna serta kolaborasi strategik antara pihak kerajaan, industri dan masyarakat dalam menangani cabaran keselamatan siber yang kian mencabar.

MCCA merakamkan penghargaan kepada pihak Astro Awani atas jemputan ini, yang memberi ruang untuk mengetengahkan peranan MCCA dalam memperjuangkan keselamatan dan hak pengguna siber di Malaysia.

🎥 Tonton rakaman penuh temubual di sini: