Pada 11 Mac 2026 yang lalu, Presiden MCCA, Tuan Siraj Jalil telah dijemput sebagai speaker sempena program AI x Kindness 2026 Campaign yang berlangsung di MPH Hall, SEGi University.
Program anjuran pelajar daripada School of Communication and Creative Design (SoCCD), SEGi University ini bertujuan membuka ruang perbincangan berkaitan peranan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) dalam membentuk dunia digital yang lebih beretika, bertanggungjawab dan berteraskan nilai kemanusiaan.

Sepanjang sesi berlangsung, En. Siraj Jalil telah berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan perkembangan teknologi AI, keselamatan siber, cabaran pengguna digital masa kini serta kepentingan penggunaan teknologi secara berhemah dan berintegriti. Beliau turut menekankan bahawa perkembangan AI perlu diseimbangkan dengan nilai “kindness”, etika dan tanggungjawab sosial supaya teknologi dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat.
Kehadiran beliau mendapat sambutan yang amat positif daripada para pelajar dan peserta yang hadir. Sesi perkongsian tersebut bukan sahaja memberi pendedahan mengenai dunia AI dan keselamatan siber, malah turut memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadi pengguna teknologi yang lebih bijak dan bertanggungjawab.

MCCA amat menghargai jemputan daripada pihak SEGi University dan berharap kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuhkan kesedaran keselamatan siber serta penggunaan teknologi digital yang selamat dan beretika dalam kalangan masyarakat.
“Teknologi yang hebat perlu dipandu dengan nilai kemanusiaan yang tinggi agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua.”
#AIXKindness2026
#MCCA
#CyberSecurityAwareness
#ArtificialIntelligence
#DigitalEthics
#SEGiUniversity








