Artikel oleh: Ahmad Adham bin Adnan
Baru-baru ini, masyarakat Malaysia diberi layanan yang tidak adil oleh Meta, gergasi media sosial Amerika Syarikat. Antaranya, Meta menurunkan hantaran Perdana Menteri yang menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan terhadap Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang dibunuh baru-baru ini di platform Facebook dan Instagram pada 14 Mei dan Julai lepas. Selain PM, beberapa tokoh lain turut mengalami nasib sama. Selain itu, siaran langsung RTM di platform Facebook berkaitan Himpunan Pembebasan Palestin juga disekat pada 4 Ogos ini.
Meta menamakan gerakan Islam Palestin yang mentadbir Gaza, Hamas sebagai ‘organisasi berbahaya’ dan melarang kandungan berunsur positif berkaitan kumpulan ini. Apalagi, Meta juga merujuk kepada insiden 7 Okt tahun lalu sebagai “serangan pengganas Hamas”, dan serangan Israel ke atas Gaza Sebagai “tindak balas Israel”.
Sebelum ini, tangkapan skrin mesej dipercayai dihantar pada Whatsapp milik Meta tersebar di media sosial, memberi amaran bahawa Meta Malaysia mungkin menggantung halaman perniagaan Facebook yang menyiarkan kandungan berkaitan Palestin. Platform media sosial X buat demikian juga.
Meta sekali lagi bertindak biadap dan telah menghina perjuangan rakyat Palestin. Ini juga menunjukkan Meta menjadi bacul dan perkakas kepada rejim zalim Zionis Israel. Sebagaimana diketahui umum, penduduk masyarakat Yahudi di AS dianggap yang nombor dua terbesar di dunia setelah Israel. AS menandakan Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas sejak 1995. Sebenarnya, Israel mendapat lebih banyak bantuan daripada AS menghadapi Hamas. Pada 2016, kerajaan AS dan Israel menandatangani MoU 10 tahun ketiga, meliputi tempoh mulai 1 Okt 2018 hingga 30 Sept 2028 yang menyediakan AS$38bilion bantuan ketenteraan sepanjang 10 tahun.
Sebagai manusia dan umat Islam, kita tidak mahu anak-anak dan wanita di Gaza terus dizalimi, ditindas dan sengsara akibat perbuatan durjana Israel. Kita perlu tegas suarakan mendukung keamanan dan menentang keganasan pada peringkat antarabangsa. Platform media sosial disebut di atas adalah saluran yang terbaik untuk kita bersuara. Namun malangnya, kebebasan bersuara kita tidak dijaminkan kerana majoriti platform media sosial yang kita gunakan dikendali dan dimiliki oleh AS.
Memangnya kita perlu mempertimbangkan untuk membangunkan platform media sosial sendiri tapi bukan media sosial saja juga termasuk sistem operasi sendiri.
Pada 19 Julai lepas, syarikat keselamatan siber Amerika Syarikat CrowdStrike mengedarkan kemas kini perisian keselamatan yang rosak yang menyebabkan dianggarkan 8.5 juta komputer yang menjalankan Microsoft Windows mengalami kehilangan dan tidak dapat memulakan semula dengan betul. Lima agensi kerajaan dan sembilan sektor swasta dalam industri penerbang, perbankan dan perubatan terjejas akibat insiden ini di Malaysia.
Insiden tersebut menunjukkan penyedia perisian AS mengaut keuntungan daripada rakyat di negara ini, namun dalam masa yang sama gagal menjamin keselamatan dan kebebasan penggunanya. Ini juga mendedahkan negara ini paling bergantung perisian AS dan sukar melarikan diri dari kawalan teknikal AS.
Keadaan ini sangat membimbangkan. Jika perisian yang kita gunakan untuk mengekalkan pengurusan dan operasi masyarakat bermasalah tiba-tiba atau AS memberi tekanan kepada Malaysia bagi mendesak Malaysia mengubah pendirian yang menyokong Palestin melalui kawalan teknikal, ia akan memberi impak keburukan terhadap semua sektor. Contohnya, perkhidmatan kerajaan diputuskan mengakibatkan kekacauan sosial, operasi syarikat diputuskan mengakibatkan kehilangan wang serta data peribadi dibocor mengakibatkan penipuan. Keselamatan pengguna negara tidak dijaminkan dan keupayaan teknikal negara untuk menghadapi cabaran tersebut juga tidak tersedia.
Saya fikir insiden tersebut menyatakan kepentingan mempunyai sistem operasi dan perisian diri sendiri. Dari segi lain, ini juga memberi peluang besar kepada industri teknologi negara. Kita perlu mendapati masalah dan menyelesaikannya secara aktif. Ini bukan sahaja boleh membendung bahaya tersembunyi yang mengancam keselamatan negara, bahkan juga boleh mengukuhkan kedudukan pusat teknologi Malaysia di serantau.
Selain itu, negara kita perlu meningkatkan infrastruktur keselamatan siber, mempercepat inovasi dan menjalankan penyelidikan dalam pembangunan sistem pengoperasian dan perisian sendiri untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar negeri bagi memastikan keupayaan pertahanan dan keselamatan yang mampan.
Akhirnya, kita perlu terus menyokong perjuangan rakyat Palestin, membantah kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin dan tidak takut dengan ugutan dan tekanan AS.