Aduan

Dunia Baharu Ekonomi

Perkembangan teknologi pada masa kini sudah memberi rupa bentuk kepada struktur ekonomi hari ini dan ia bakal menjadi ‘catalyst’ kepada pertumbuhan setiap segmen industri.

  Jika ditelusuri kembali, pertengahan 1990-an, seorang pakar kewangan di Kanada, Don Tapscott menulis buku tentang ‘The Digital Economy’.

  Menerusi buku berkenaan, Tapscott menggariskan beberapa perkara termasuk peringatan tentang bagaimana Internet dan digitalisasi itu akan merubah haluan perniagaan pada masa depan.

  Ternyata, telahan atau ramalan Tapscott itu sudah menjadi kenyataan pada hari ini apabila kita sendiri melihat ekonomi itu dipacu oleh perkembangan digital.

  Sedekad lalu, kita masih membawa ‘tangible cash’ atau wang tunai namun pada hari ini, transaksi boleh dilakukan dengan menyentuh kad kredit atau kad debit, imbasan kod QR dan bermacam lagi kaedah pembayaran tanpa memerlukan wang tunai.

  Perluasan kaedah pembayaran digital itu pastinya lebih pesat lagi dalam tempoh sedekat akan datang dan Malaysia khususnya tidak harus ketinggalan dalam soal ini.

  Secara asasnya, perkembangan digital ekonomi ini adalah berasaskan kepada ramainya pengguna yang menggunakan telefon pintar, tablet, jam pintar yang disambungkan kepada jaringan telekomunikasi secara global.

  Memetik pakar Ekonomi Amerika Syarikat, Thomas Mesenbourg menyatakan terdapat tiga komponen membezakan ekonomi digital dan ekonomi konvensional:

A. Infrastruktur – Perniagaan mempunyai perisian, perkakas dan sumber teknologi

B. e-Perniagaan – Aplikasi komputer, perkakas atas talian dan platform digital untuk membantu perniaan

C. e-Dagang – Penjualan barangan dan perkhidmatan atas talian

Melihat kepada masa depan, ekonomi digital ini akan terus dipacu serta berkembang khususnya perluasakan Internet Kebendaan atau ‘IoT’, Kecerdasan Buatan (AI), Realiti Maya (VR), blockchain dan teknologi lain.

  Ini adalah dunia baru dan setiap peringkat harus bersedia untuk mengambil bahagian dalam segmen ekonomi yang menjamin masa depan lebih baik.