Aduan

Cermin Mata AR bakal ganti peranti pintar?

Oleh Alpha Zulu Foxtrot aka AZF

Pada hari ini, kemajuan peranti pintar sudah jauh berbeza jika dibandingkan dengan sedekad lalu.

  Kini, peranti pintar berupaya untuk menjadi ‘mini laptop’ kepada pengguna, bermula daripada mencipta fail dokumen sehingga kepada penyuntingan video boleh dilaksanakan dengan peranti pintar kelas mercu atau ‘flagship phone’.

  Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah masa depan peranti pintar untuk tempoh beberapa dekat akan datang.

  Ada yang memberi andaian bahawa peranti pintar akan lebih nipis memandangkan kemajuan cip yang kini sudah menjangkaui 4 nanometer (nm).

  Wujud juga pandangan bahawa peranti pintar mungkin akan digantikan dengan penguasaan cermin mata realiti maya (AR).

  Maksudnya, cermin mata pintar ini berupaya untuk memaparkan semua maklumat yang terkandungan di dalam peranti seperti membaca mesej, aplikasi navigasi, menjawab panggilan dan bermacam lagi.

  Ia tidak mustahil kerana kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini memungkin semua itu berlaku.

  Sama juga yang berlaku untuk dunia Meta, mungkin suatu ketika dulu kita hanya melihat perkara itu dalam ‘Hollywood Science’ saja, sama juga dengan cermin mata AR ini, acapkali kita lihat filem Hollywood memaparkan teknologi ini.

  Bagi ramai pakar teknologi beranggapan bahawa skala realiti filem Hollywood itu boleh diterjemahkan di dalam realiti berasaskan kepada keupayaan teknologi.

  Bayangkan anda memiliki cermin mata AR, navigasi tidak memerlukan mata anda untuk melihat skrin telefon sebaliknya hanya berpandukan kepada ‘Head Up Display’ atau HUD cermin mata ini.

  Umpama seorang juruterbang jet tempur atau helikopter tempur, semuanya boleh terpapar menerusi topi kaledar HUD mereka.

  Ini adalah masa depan teknologi dan semua itu mungkin berlaku hasil perkembangan dunia moden pada hari ini