CyberSecurity Malaysia (CSM) bersama CelcomDigi dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan kerjasama Gabungan Bertindak Anti-SCAM (GBAS) serta Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah menganjurkan Seminar Anti-Scam Kebangsaan 2023 sempena program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023.
Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) turut menyertai acara ini mendepani pengguna-pengguna siber terutamanya yang terkesan dengan jenayah siber.
