Pada 5 Februari 2025, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), En. Siraj Jalil, telah dijemput khas oleh Nasional FM (ALFA) untuk berkongsi pandangan mengenai isu semasa yang semakin membimbangkan, iaitu Hentikan Fitnah Dalam Talian.
Dalam sesi ini, beliau menekankan kepentingan menyebarkan maklumat yang sahih serta peranan masyarakat dalam mengekang penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh membawa kesan buruk kepada individu serta keselamatan siber negara.
Rakaman penuh sesi perkongsian ini boleh ditonton di pautan berikut:
MCCA terus komited dalam usaha mendidik pengguna siber agar lebih bertanggungjawab dan beretika dalam penggunaan media digital.