Aduan

MENANGANI ANCAMAN SIBER: MCCA DI RTM BIZ MALAYSIA

Pada 30 Januari 2025, sekali lagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program BIZ Malaysia menampilkan Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), En. Siraj Jalil, sebagai panel jemputan bagi membincangkan topik penting berkaitan keselamatan siber bertajuk Menangani Ancaman Siber.

Dalam sesi perkongsian ini, En. Siraj Jalil mengupas isu-isu semasa berkaitan ancaman siber yang semakin meningkat, termasuk penipuan dalam talian, kebocoran data, serangan siber terhadap organisasi, serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil oleh pengguna dan syarikat bagi melindungi data serta maklumat peribadi mereka.

Sebagai sebuah organisasi yang aktif dalam memperjuangkan hak pengguna siber, MCCA terus komited dalam usaha meningkatkan kesedaran dan literasi digital dalam kalangan masyarakat. Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dalam memahami kepentingan keselamatan siber dan bagaimana untuk menghadapinya dengan lebih berkesan.

Tonton rakaman penuh episod ini di YouTube melalui pautan berikut