Aduan

MCCA di Malaysia Hari Ini: Menangani Bahaya Salah Guna AI

Pada 7 Mei 2025, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Tuan Siraj Jalil, telah dijemput ke program bual bicara pagi TV3, Malaysia Hari Ini (MHI), bagi membincangkan isu penting berkaitan bahaya salah guna kecerdasan buatan (AI).

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah En. Ahmad Faizal Zulkipli, Ketua Pegawai Teknologi dari Yayasan Digital Malaysia. Beliau telah berkongsi pandangan serta melakukan demonstrasi langsung mengenai bagaimana teknologi AI boleh dimanipulasi melalui panggilan video, termasuk potensi penyamaran suara dan wajah secara masa nyata.

Dalam perbincangan tersebut, Tuan Siraj menekankan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran awam tentang risiko penyalahgunaan AI, terutamanya dalam konteks penipuan digital, penyebaran maklumat palsu, dan ancaman terhadap privasi individu. Beliau turut menyeru agar kerjasama antara pihak kerajaan, industri teknologi, dan masyarakat sivil diperkukuhkan bagi membentuk dasar dan garis panduan etika yang jelas dalam penggunaan AI.

MCCA komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam mendidik pengguna dan menyokong inisiatif yang memastikan teknologi AI digunakan secara bertanggungjawab dan selamat untuk semua.

Untuk menonton rakaman penuh sesi ini, sila layari: