Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia, (MCCA) Siraj Jalil berkata, aplikasi jejak lokasi diklasifikasikan sebagai internet kebendaan atau IOT.
Ia digunakan secara meluas terutama di negara-negara maju bagi membantu memudahkan pencarian, Malah turut dibangunkan dalam pelbagai aplikasi, bukan sahaja menerusi telefon pintar tetapi digunakan di kenderaan dan teknologi lain.
“Teknologi yang sama diguna pakai kepada teknologi yang lebih kecil baik daripada penggunaan smart watch ataupun jam tangan pintar ataupun baik diguna pakai dari sudut peranti kecil mungkin disimpan dalam bag ataupun di dalam kenderaan atau didekat dalam bentuk lain.. yang mana tujuannya adalah untuk memastikan dengan tahu lokasi seseorang tu menambahkan elemen keselamatan,” katanya.
Katanya, masyarakat perlu berwaspada bagi mengelak berlaku kebocoran maklumat termasuk tidak mendedahkan keberadaan masing-masing di media sosial.
“Data ataupun maklumat keberadaan kita tu antara kita dengan pembuat teknologi sahaja, soal kita berkongsi maklumat keberadaan kita dan jika isu itu menjadi perkara yang merisaukan..kadang-kadang tindakan orang awam berkongsi tentang keberadaan dia di dalam platform media sosial itu yang lebih berbahaya sebenarnya,” katanya.
Walaupun aplikasi jejak lokasi sudah digunakan secara meluas, penggunaannya perlu diperhebatkan lagi bagi kategori kanak-kanak dan golongan wanita kerana mereka sering menjadi sasaran si penjenayah.