Aduan

DIGITALISASI: BAHANA vs REZEKI

Di sebalik pelbagai isu melanda negara terkait era digitalisasi seperti penipuan, gejala sosial serta sahsiah diri yang hilang, kita perlu menerima hakikat bahawa teknologi ini turut datang bersama rezeki.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, corak hidup di negara kita, sama seperti negara-negara lain di dunia, mula terarah kepada urusan secara online – hampir semua.

Siapa sangka dengan hanya menggunakan telefon serta memuat turun aplikasi tertentu, terdapat kira-kira 700,000 yang mendaftar sebagai pekerja p-hailing dan e-hailing.

Itu belum lagi dikira jumlah mereka yang berurusniaga, menukar profesion daripada kerani pejabat dan lain-lain kepada usahawan Shopee dan Lazada yang berjumlah jutaan orang.

Hakikatnya, sebaik mana teknologi itu, jika digunakan dengan baik akan memberikan hasil yang baik, begitu juga sebaliknya.

Lalu bagaimana kita masih lagi mempunyao bilangan penganggur siswazah lebih 200,000 orang ketika ratusan ribu yang lain hanya berniaga dengan sebuah telefon pintar bersama rangkaian telekomunikasi?

Justeru, tidak adil menyalahkan digitalisasi yang kian menjadi sebahagian besar daripada kehidupan hari-hari.

Gunakanlah ruang digital untuk mencapai setinggi mungkin pencapaian peribadi asalkan ia masih mematuhi kehendak agama.

Bukan saja mencari rezeki, malah kecanggihan teknologi digital juga akan membawa kita ke syurga, jika kena dengan gayanya.