Pada 5 September 2024, Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-3 bertempat di Dewan Utama Anjung Melayu DPMM. Mesyuarat yang berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang itu telah dipengerusikan oleh Dato’ Ayu Puteh, mantan Setiausaha MCCA.
Dalam mesyuarat ini, Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2024-2026 telah dilantik, dengan struktur berikut:
- Pengerusi: Dato’ Ahmad Noordin
- Penasihat: Prof. Nazura Abd Manap
- Presiden: Siraj Jalil
- Timbalan Presiden: Ts. Azrul Zafri
- Naib Presiden: Dato’ Ayu Puteh
- Bendahari: Meor Azimudin
- Setiausaha: Nurrizal Ahmad Imran
Exco yang dilantik:
- Exco Perundangan: Nazri Yahya
- Exco Ekonomi: Ts. Azrul Zafri
- Exco Pendidikan: Maswan Hizzly
- Exco Belia: Rahmat Al Aziz
Selain itu, beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) turut dilantik untuk menyokong pentadbiran persatuan.
Mesyuarat Agung kali ini memberi peluang kepada ahli-ahli MCCA untuk bersama-sama membincangkan hala tuju dan program-program yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun akan datang. Pelantikan jawatankuasa baru ini diharapkan dapat membawa perubahan positif dalam usaha melindungi hak dan kepentingan pengguna siber di Malaysia.
Mesyuarat juga telah membincangkan beberapa isu penting mengenai program-program literasi digital dan inisiatif keselamatan siber yang akan diperhebatkan dalam masa terdekat. Dukungan daripada semua ahli persatuan sangat diharapkan bagi memastikan kejayaan MCCA dalam menangani cabaran dunia digital yang semakin kompleks.